Pendidikan Pemulihan 2

Khamis, 3 Oktober 2013

Jika aku tersilap langkah



Jika hari ini aku sering melelahkan jiwa dan ragaku dalam sejuta khayal dan angan yang sedang menghalusinasi menempuhi dunia kehidupan dalam landasan mencari erti sebuah cinta dan perasaan. Namun sedang mata melihat keindahan sekuntum bunga yang mekar di arena taman impian tatkala hati juga mula membangkitkan perasaan dalam satu hasrat disaluti niat yang mendalam untuk memiliki. Andai inilah cinta…Tuhan adakah ini satu cabaran dan dugaan baru untuk aku jatuh cinta dalam pusingan seterusnya??


Walaupun lumrah dalam dunia seorang insan untuk saling memiliki tetapi tidak semua kehendak kita akan tertunai jika berbekalkan sebuah harapan yang membara dalam mengembara arus perjuangan. Pada saat dan ketika aku mula mengatur langkah untuk menyatakan hasrat dan harapan,,,pada ketika itu jugalah aku menginsafi kelemahan diri jika suatu masa dahulu aku lah juara dalam merancang susunan strategi untuk mendapatkan sekeping hati si dia namun kini tidak lagi…aku bukan yang dulu lagi…


Bermula dari sebuah ungkapan aku mula membina sebuah barisan dalam memohon pertolongan seorang kawan untuk mengerahkan seluruh kudrat yang ada untuk bertandang ke sebuah taman hati dalam menyampaikan utusan imaginasi sebuah perasaan bahawa aku inginkannya…terima kasih kawan..


Dalam ringkasan sebuah cerita pasti menemui satu penghujung kisah yang tetap sama jika kali ini hasrat di tolak dalam penuh dengan kebencian…apa salah ku..luka seribu impian menggunung apabila letusan perasaan kecewa yang sedang mengalir ke setiap penjuru tubuh jika jawapan yang diberi bahawa aku tersilap langkah…andai itulah alasan pasti titisan hujan kali ini mampu membasahi permukaan yang kehausan cinta yang tulus dibalas dengan sejarah mungkin berulang..


Ya Allah, hamba lelah saat ini, beragam belenggu menghalangi langkah kaki untuk terus ke hadapan, bermacam beban mula menimpa mungkin semua ini Engkau pilih agar aku sentiasa menjadi lebih baik daripada insan lain dan sebuah ujian yang Engkau hadirkan dalam kehidupan sering memimpin aku untuk menghirup air segar di lembah kematangan dan aku yakin ada makna tentang semua yang Engkau hadirkan dalam setiap beban dan ujian ini.


Duhai seseorang yang menghadirkan kebahagiaan diriku setelah mengenal dirimu, maafkan jika aku harus mengatakan kejujuran ini dengan cara yang silap kepadamu walau kadang kala aku berfikir kemuliaanmu itu akan lebih baik membahagiaakan manusia lain daripada harus menyakiti insan lain dan maafkan kekhilafanku  jika aku harus berkata jujur kepadamu tetapi memang itulah kata-kata yang jauh di sudut hatiku..entah bagaimana jika kamu menyikapinya secebis peluang kepada ku..pasti aku akan menerimanya dengan menadah tangan bersujud berserah atas segala nikmat dan kurniaanNya..

Ahad, 12 Mei 2013

Bila cinta pergi


Cinta. Mungkin sebuah perkataan agung yang sering membuat seseorang rebah di hadapannya. Segala teori dan argumentasi yang dilontarkan akan lenyap begitu sahaja bila diri kita sendiri yang akan mengalami betapa hebatnya rasa cinta itu mempengaruhi diri kita.

Cinta. Mungkin sukar difahami bagi orang yang tidak pernah bercinta. Kerana cinta itu akan hadir bersama pengalaman antara dua jantina yang pernah mengikat sebuah ikatan kasih dalam menyimpul makna cinta dalam satu pertemuan.

Kita sering merasakan cinta seperti merasakan hangatnya matahari. Kita selalu merasa kehangatan itu akan terus menyirami diri. Ramai yang mengalaminya akan dibuai dengan perasaan kasih dan sayang seperti terawang-awang di langit percintaan dengan sang kekasih. Kita percaya mentari itu akan hadir setiap pagi… tetapi kita tidak pernah terfikir akan turunnya hujan atau badai yang akan menghalang matahari itu dari menyinari pagi yang kita nantikan.

Kadangkala kita juga lupa, matahari yang hidup dan mengisi hidup kita itu adalah hamba yang dicipta dari Penguasa seluruh kehidupan…Satu masa nanti matahari itu pasti pergi, walau ia tak pernah meminta, walau pinta itu tak pernah kita ucapkan.

Jadi, ia akan pergi, walau apa pun yang terjadi. Kerana ini adalah kehendak-Nya. Segala yang ada di dunia ini tidak pernah abadi, kerana masa ia akan pergi pasti tiba suatu saat nanti. Selamanya, bukan sementara. Inilah dunia.

Cinta tidak boleh dipaksa. Kadang-kadang semua yang kita inginkan pasti tidak kesampaian. Jika kita memiliki seutas perasaan suka yang dibentangkan dengan perasaan ingin bersamanya selalunya berakhir dengan penghujung kekecawaan disebabkan cinta yang ingin kita taburkan ditolak oleh insan yang kita minati. Oleh itu, kita perlu mengakui tidak semestinya semua wanita yang kita inginkan pasti menjadi milik kita. Kenapa ini semua mesti terjadi sedangkan perasaan telah berjanji dengan hati untuk bersama si dia selamanya. Aku kecewa.

Buat diri ini yang sedang menghadapi peritnya pabila cinta itu di tolak dan dibiarkan berlalu pergi…jangan bersedih… Realitinya,,percintaan adalah satu perjuangan untuk mendapatkan sekeping hati… percayalah, dalam perjuangan itu pasti ada dua keadaan yang bakal menanti…iaitu…berjaya atau kecewa.

Sebenarnya diri ini berjuang untuk melauhkan hasrat hati untuk memiliki seorang insan sebagai kekasih tetapi akhirnya ditolak. Sebagai seorang perjuang, aku yakin dan tidak memerlukan kekecawaan dengan keadaan itu kerana cinta tidak boleh dipaksa dan aku perlu mengakui si dia yang hanya mengangkat diri ini cuma sebagai seorang kawan..menyesal dan terkilan..

Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini. Merasakan diri ini lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu. Tetapi aku yakin…Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.

Aku perlukan perjelasan….Tetapi ianya cuma dijawab oleh dinding batu yang bisu, atau lolongan anjing dari kejauhan yang mengejek. Mungkin kita kecewa dan ingin mengakhiri hidup. Mungkin kita ingin memukul, tetapi cuma hanya dapat memukul angin. Sekarang cuba  lihat, apakah itu mengubah apa – apa pun? Tiada yang berubah kecuali semakin dalamnya rasa sakit itu.

Kerana kita cuma hamba, Kita hanya makhluk!  Kita hanya boleh menelan kepahitan yang kita ciptakan sendiri.

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.”
                                                                                                           ( Ar Ra’d : 28 ) 
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”  
                                                                                ( At -Taubah : 40 )

Allah menciptakan cinta di antara manusia. Dia adalah yang paling hebat, paling tahu bagaimana cinta itu, bagaimana mencintai, bagaimana dicintai. Kenapa kita pula yang begitu syok, merasa paling mencintai, merasa paling dicintai, merasa memiliki segalanya dengan cinta. Padahal cinta itu cuma dari manusia….untuk manusia. Dan suatu hari nanti, cinta itu pasti akan hilang…Tak berbekas, tak berjejak. Hanya cinta yang begitukah yang kita inginkan?

Dengan ini aku merenung sejenak dalam meratapi pedihnya kehidupan sehingga aku dapat mengutip dedaun keampunan dari yang maha Esa untuk aku kembali kepadanya. Aku bersyukur kerana peritnya sebuah pengalaman yang ditaburkan oleh seorang wanita membuatkan aku kembali mengingati Allah... Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun. Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA.

Ingatlah wahai hati… Cinta kepada manusia hanya mekar semusim, lalu luruh tak berbekas. Percayalah, cinta kepada Allah adalah cinta yang ditawarkan-Nya tak pernah layu atau luruh. CintaNya abadi, mekar selamanya... yakinlah, cinta-Nya ibarat sang Mentari itu yang terus berada di sana… bila – bila dan dimanapun kita berada kita mampu  merasakan hangatnya… itulah cinta teragung dari Ilahi yang tidak bernoktah..

Dunia ini luas, demikian pula dengan dengan orang – orang yang mencintai kita. Kegagalan dalam mengenal erti cinta bukan bererti kita tidak berhak untuk bahagia atau tidak mampu meraih kebahagiaan.

Bila hari ini Allah belum mempertemukan kita dengan orang yang kita cintai, Insyaallah ia akan datang esok atau lusa, atau bila pun Dia menghendaki, itu adalah sebahagian dari kekuasaan-Nya.

“Jangan sedih jika cinta kita ditolak oleh seseorang. Anda cuma kehilangan orang yang tidak mencintai anda. Sedangkan orang yang menolak anda kehilangan orang yang betul-betul mencintai dirinya.”

Jumaat, 22 Mac 2013

ceritera dari sebuah kehidupan di Teluk Nipah

Benar kata orang setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan banyak meninggalkan memori yang menjadi kenangan untuk kita ingati..namun tidak semua orang percaya bahawa dalam setiap kenangan itu wujud satu pertautan antara dua jantina sehingga terikat sebuah kasih walaupun ia tidak menunjukkan luahan rasa itu..untuk pengetahuan semua, Teluk Nipah adalah satu persinggahan untuk diri ini membina seluruh elemen dalaman untuk menyiapkan diri dalam menempuh cabaran masa akan datang yang pasti akan tiba..