Pendidikan Pemulihan 2

Khamis, 3 Oktober 2013

Jika aku tersilap langkah



Jika hari ini aku sering melelahkan jiwa dan ragaku dalam sejuta khayal dan angan yang sedang menghalusinasi menempuhi dunia kehidupan dalam landasan mencari erti sebuah cinta dan perasaan. Namun sedang mata melihat keindahan sekuntum bunga yang mekar di arena taman impian tatkala hati juga mula membangkitkan perasaan dalam satu hasrat disaluti niat yang mendalam untuk memiliki. Andai inilah cinta…Tuhan adakah ini satu cabaran dan dugaan baru untuk aku jatuh cinta dalam pusingan seterusnya??


Walaupun lumrah dalam dunia seorang insan untuk saling memiliki tetapi tidak semua kehendak kita akan tertunai jika berbekalkan sebuah harapan yang membara dalam mengembara arus perjuangan. Pada saat dan ketika aku mula mengatur langkah untuk menyatakan hasrat dan harapan,,,pada ketika itu jugalah aku menginsafi kelemahan diri jika suatu masa dahulu aku lah juara dalam merancang susunan strategi untuk mendapatkan sekeping hati si dia namun kini tidak lagi…aku bukan yang dulu lagi…


Bermula dari sebuah ungkapan aku mula membina sebuah barisan dalam memohon pertolongan seorang kawan untuk mengerahkan seluruh kudrat yang ada untuk bertandang ke sebuah taman hati dalam menyampaikan utusan imaginasi sebuah perasaan bahawa aku inginkannya…terima kasih kawan..


Dalam ringkasan sebuah cerita pasti menemui satu penghujung kisah yang tetap sama jika kali ini hasrat di tolak dalam penuh dengan kebencian…apa salah ku..luka seribu impian menggunung apabila letusan perasaan kecewa yang sedang mengalir ke setiap penjuru tubuh jika jawapan yang diberi bahawa aku tersilap langkah…andai itulah alasan pasti titisan hujan kali ini mampu membasahi permukaan yang kehausan cinta yang tulus dibalas dengan sejarah mungkin berulang..


Ya Allah, hamba lelah saat ini, beragam belenggu menghalangi langkah kaki untuk terus ke hadapan, bermacam beban mula menimpa mungkin semua ini Engkau pilih agar aku sentiasa menjadi lebih baik daripada insan lain dan sebuah ujian yang Engkau hadirkan dalam kehidupan sering memimpin aku untuk menghirup air segar di lembah kematangan dan aku yakin ada makna tentang semua yang Engkau hadirkan dalam setiap beban dan ujian ini.


Duhai seseorang yang menghadirkan kebahagiaan diriku setelah mengenal dirimu, maafkan jika aku harus mengatakan kejujuran ini dengan cara yang silap kepadamu walau kadang kala aku berfikir kemuliaanmu itu akan lebih baik membahagiaakan manusia lain daripada harus menyakiti insan lain dan maafkan kekhilafanku  jika aku harus berkata jujur kepadamu tetapi memang itulah kata-kata yang jauh di sudut hatiku..entah bagaimana jika kamu menyikapinya secebis peluang kepada ku..pasti aku akan menerimanya dengan menadah tangan bersujud berserah atas segala nikmat dan kurniaanNya..