Pendidikan Pemulihan 2

Jumaat, 19 Oktober 2012

HIDUP INI BUKAN TELENOVELA



Hidup kita ini bukanlah seperti siri telenovela, bukan juga siri sinetron atau sebagainya, yang berkisar kepada kisah yang tragis dalam mencari pasangan hidup, perebutan pasangan dan mengenai kekasih gelap.
Kehidupan kita bukan kehidupan yang semacam itu. Nafas seorang mukmin adalah sebuah amanah Allah yang harus dimanfaatkan di jalan yang benar. Jangan disia-siakan, apatah lagi dibuang begitu sahaja.

Ingatlah….dan jauhi lah….
1.    Jangan bermain dengan perasaan orang, apatah lagi jika orang itu adalah orang dekat dengan kita. 
2.   Jangan memberi harapan bila memang harapan itu tidak pernah ada.
3.   Jangan memberi janji bila kita masih belum sedia untuk menunaikannya.

Bersikaplah biasa dan sederhana, serta singkap kembali kelemahan kita. Kerana kelemahan adalah landasan dalam penjagaan akhlak, kelemahan juga dalam menjaga hijab.
Hijab yang longgar memudahkan mata yang seharusnya jinak, tiba – tiba melawan. “Aku ingin melihatnya,wajah cantik disebalik tudungnya”

Dari sesi inilah semuanya bermula. Kalau kita cepat sedar, pandangan itu mungkin tidak akan berlanjutan lama. Ia akan menghendap dan hanya berhenti pada perasaan sekadar suka. Namun bila syaitan lebih bijak mengipas-ngipas perasaan, siri lanjutan perasaan tentu sangat kalut dan mengharukan.
Hati diajar berkali-kali oleh rasa sayang yang tidak terubat. Bagaimana kalau kita simpan sahaja semua itu? Kemudian kembali kepada Allah dalam niat yang tulus, bahawa hanya kita mencintai hanya atas nama Allah. Berharap bila jatuh hati, maka hati inilah yang digerakkan Allah. Bukan kerana diri yang nekad melampaui batas, bukan juga kerana kebosanan yang berbalut ketidaksengajaan dan kepura-puraan.
.
Wahai kaum hawa….ingatlah…jangan :-
kerana lelaki, tudung ditanggalkan
kerana lelaki, usrah dijauhi
kerana lelaki, ibu bapa ditinggalkan
kerana lelaki, terlanjur menggadai maruah diri

Kenapa wanita selalu tewas kepada lelaki? Apakah wanita terlalu bodoh sehingga selalu menjadi mangsa kepada lelaki?  Tidak. Wanita tidak bodoh. Cuma sebenarnya, kita lemah…
Ya, lemah…. Secara umumnya, wanita disifatkan oleh Allah dengan hati dan jiwa yang lembut. Kerana hati yang lemah itu, perempuan mudah ‘jatuh cinta’ dengan hanya kata-kata dan gerak geri seorang lelaki. Fitrah wanita yang berjiwa lembut dan lemah dengan pujian. Lelaki walau muka buruk macam mana pun, kalau mulut manis, Neelofa pun dia boleh dapat - itu kenyataan.
Hati wanita dicipta dengan kelembutan. Oleh sebab itu mereka mudah termakan pujian.
Hati mereka dipenuhi dengan kasih sayang, disebabkan itu mereka terlalu mudah mempercayai dan menyerah diri kepada lelaki. Tidak disangkal lagi sememangnya wanita adalah insan yang berjiwa lembut….benarlah…sebaik-baik wanita dijadikan dari tulang rusuk kanan Adam as..
Oleh itu, wanita perlu lebih berhati-hati dengan kata – kata daripada lelaki. Jangan mudah menyerah dengan hanya sedikit pujian. Nilailah kata – kata seseorang lelaki itu berdasarkan mata hati, bukan mempercayai membuta tuli. Nilailahkan secara matang. Saya tahu ujian cinta itu berat..
Inilah sebuah carta hati... Disaat kecerdasan akal kita diuji, mampukah kita untuk tetap bijak memilih keputusan disaat perasaan dibuai oleh dahsyatnya pesona cinta seorang lelaki? Mampukah kita untuk berdiri segagah perwira saat terkena rayuan maut?? Tidak ramai yang mampu menjawab secara yakin.
Mohonlah kepada Allah agar hati kita dikuatkan untuk menghadapi dugaan – dugaan sebegini.Tidak memikirkan kekasih hati. Tidak hanyut dalam perasaan hati dan kegelisahan jiwa, tetapi tenang dalam mengambil keputusan.

“Ya Allah….dengan sujudku aku bertahajjud kepada Mu….jika dia adalah insan yang terbaik untuk…satukanlah hatiku dengan hatinya dan engkau berkatilah indahnya bila engkau redhai…jadikanlah perhubungan ini hubungan yang kekal hingga ke syurgaMu…sekiranya aku bukanlah lelaki yang baik aku mohon kesempurnaan dariMu sungguhpun aku adalah manusia biasa yang tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan…aku berharap kepadaMu agar ku berdua bersatu selamanya….amin..”


See u in Jannah






Jumaat, 31 Ogos 2012

Kenapa orang tak suka kita


Adakala kita terfikir… Kita mungkin tidak pernah menyusahkan hidup sesiapa, kita mungkin tidak pernah menganggu hidup orang dan tidak pernah pula membenci atau menyakiti mereka. Namun tiba-tiba sahaja mereka membenci kita. Berkata-kata buruk tentang kita di bekalang dan mengaturkan pelbagai strategi untuk menyakitkan hati kita.
Sebagai manusia biasa, kita tidak akan terlepas dari mempunyai kekurangan pada diri. Mungkin pada cara kita bercakap, mungkin pada cara kita berjalan, mungkin pada mata, mulut, hidung dan seumpamanya yang menyebabkan ada sesetengah orang tidak suka, benci dan meluat melihat kita.
Jika mereka tidak berbuat apa-apapun mereka akan cuba melarikan diri dari kita. Seolah-olah kita ini makhluk yang aneh atau manusia yang tidak berguna, tidak perlu mendekati orang seperti kita. Keadaan yang diceritakan ini semakin menjadi-jadi apabila perbuatan masing-masing mula dizahirkan dalam Facebook.
Saya melihat ramai kawan-kawan yang me’remove’ kawannya yang menyakitkan hati. Hampir setiap hari juga saya melihat kenalan Facebook memaki-maki, marah dan menulis status-status berkaitan dengan orang yang dibenci dan orang membencinya. Apa sudah jadi dan apa yang harus kita lakukan?
Berfikir & Renung Sejenak…
Muhasabah diri. Adakala sikap orang adalah cermin kepada sikap kita sendiri. Mungkin kita rasa kita tidak menyakiti hati orang, tetapi orang tetap terasa sakit. Carilah kelemahan pada diri yang mungkin kita terlepas pandang dan perbetulkan kembali. Bertenang dan jangan membalas kebencian mereka dengan terus membenci mereka.
Seandainya kita sememangnya tidak melakukan kesilapan, kenapa mahu bersedih? Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang benar. Jika mereka membenci kita dan menyakitkan hati kita, itu dosa mereka. Kita tak rugi apa-apa, yang perlu kita sedih bukan sebab mereka membenci kita tetapi jika kita membenci orang dan cuba menyakitkan hati mereka. Kerana perbuatan itu akan membuatkan kita hampir dengan dosa.
Cukuplah Berbakti Kepada Orang Yang Wajib
Jika kita punyai kawan yang menyakitkan hati, abaikan sahaja dirinya. Cukuplah berbakti kepada orang yang kita perlu taat seperti ibu ayah, taat suami bagi seorang isteri dan taat kepada Allah sebagai seorang manusia. Mereka yang tidak tersenarai dalam rantaian kewajipan kita untuk taat itu kita boleh abaikan sahaja.
o    Biarlah semua kenalan menolak kita yang penting kita jaga suami kita dengan baik.
o    Biarlah kawan-kawan meninggalkan kita yang penting kita tidak meninggalkan keluarga.
o    Biarlah seluruh kaum keluarga memulaukan kita yang penting kita tidak memutuskan tali silaturrahim.
o    Biarlah seluruh umat menyakitkan hati kita yang penting kita tidak menyakitkan hati Allah.


Kebahagiaan terletak dalam hati. Ia bergantung kepada kepercayaan kita. Seandainya kita percaya bahawa dipulaukan orang adalah suatu yang menyedihkan, maka hidup kita akan terseksa. Namun seandainya kita faham bahawa perbuatan terkutuk mereka dapat menyumbangkan pahala yang banyak untuk bekalan akhirat, kita akan bahagia. Biarlah manusia yang leka dengan sandiwara dunia dengan sikap buruk mereka, yang penting jangan kita bersikap buruk pada mereka kerana hidup kita untuk mencari kebahagiaan di sana. Bukan melayan persengketaan yang sia-sia.


Sabtu, 25 Februari 2012

Aku Hanya Mampu Memberi





Ingatlah........walaupun suatu hari nanti orang yang kita sayang akan pergi akhirnya......janganlah sesekali menjadikan pemergiannya itu satu tikaman yang sangat berbisa........jadikan lah ia suatu kenangan yang terindah.......dan.......percayalah...........setiap pemergian itu mesti didatangi dengan satu hikmah yang memberi maksud yang sangat mendalam untuk kita mengenali diri.........walaupun................aku hanya mampu memberi...

Sabtu, 18 Februari 2012

Puncak Kebahagiaan

Kebahagian hidup  merupakan matlamat utama kehidupan manusia didunia ini. Ia tidak kira bangsa, agama, ataupun budaya, apabila ditanya apakah yang anda mahukan didalam kehidupan ini? pasti jawapannya tetap sama adalah untuk hidup bahagia. Tetapi, bagaimanakah untuk mencari kebahagiaan hidup? Adakah anda bahagia sekarang dengan apa yang ada?
Setiap orang mempunyai definisi yang berlainan. Anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah makna kebahagiaan didalam kehidupan anda. Ini adalah amat penting kerana ia akan mempengaruhi keputusan anda yang lain.

Nikmati kebahagiaan~
Manusia hanya mampu untuk merancang tetapi tuhan yang menentukan segalanya. Mungkin anda menginginkan sesuatu untuk berasa bahagia tetapi masih tidak tercapai. Teruskan usaha anda dan jangan sesekali berputus asa kerana kejayaan pasti milik anda. Tetapi dalam masa yang sama, nikmatilah kebahagian yang anda sedang lalui sekarang, kerana mungkin anda tidak akan dapat mengembalikannya apabila anda sudah berjaya.

Lakukan apa yang anda ingin lakukan~
Cara ini adalah paling baik untuk memberikan inspirasi kepada seseorang melakukan sesuatu yang diluar jangkaan mereka. Sekiranya anda betul-betul yakin terhadap apa yang dilakukan dapat memberikan kebahagian, terus lakukannya dengan berrsungguh-sungguh. Pasti anda tidak akan sesekali menyesal terhadap pilihan yang telah dibuat. Selain daripada itu, cara ini juga dapat membantu untuk mencungkil bakat atau kreatviti seseorang ke tahap yang lebih maksimum.

Kebahagian percuma~
Ramai yang memfokuskan kebahagiaan mereka terhadap wang. Tetapi hakikatnya wang sebenarnya tidak mampu untuk membeli kebahagiaan seseorang. Wang hanya merupakan satu alat yang membantu anda untuk membuat pilihan. Lebih banyak wang, lebih banyak pilihan yang boleh anda lakukan, dan tidak pernah sesekalipun orang yang kaya menyatakan bahawa apabila mereka semakin banyak wang, mereka semakin bahagia. Adalah lebih baik anda memfokuskan terhadap kebahagian percuma seperti perhubungan, ketawa, masa untuk bersama dengan yang tersayang, dan sebagainya yang mana ia langsung tidak melibatkan apa-apa kos.

Cintai seseorang~
Seseorang yang berjaya untuk memperuntukkan masa, komitmen dan perhatian didalam hubungan adalah merupakan orang paling bahagia didunia ini. Jangan terlalu sibuk dengan pekerjaan harian sehingga mengabaikan perhubungan, kerana anda akan terlepas peluang untuk menikmati kebahagiaan hidup. Hanya dengan mencintai seseorang dapat membantu anda hidup bahagia.

Menjadi pemaaf~
Hanya dengan memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri anda sebenarnya dapat membahagiakan lagi kehidupan. Ini adalah kerana apabila anda memaafkan seseorang, anda sebenarnya telah menanggalkan satu beban yang selama ini anda pikul kemana saja anda pergi. Semakin ringan bebanan bermakna semakin selesa untuk anda melalui kehidupan.

Bersyukur~
Sekiranya anda rasa bersyukur terhadap apa yang anda miliki sekarang, ia sebenarnya cara terbaik untuk melepaskan tekanan. Semakin banyak anda bersyukut semakin bahagia diri anda.

Lalui apa yang sedang anda lalui~
Kenangan hanyalah merupakan satu proses untuk anda menimba pengalaman. Ia akan beredar mengikut waktu. Hanya jadikan kenangan sebagai satu imaginasi dan bukannya realiti. Nikmatilah kebahagian terhadap apa yang anda lalui sekarang dan bukannya  bergantung terhadap kenangan.

Cinta walaupun banyak mengajar manusia mengenal erti kekecewaan,namun di sebalik kekecewaan itu tersirat satu kebahagiaan yang menjadi sumber inspirasi hidup seseorang walau serendah mana pun martabat mereka tetapi tetap mempunyai matahari yang sentiasa memberi cahaya untuk menjadikan hari-hari mereka yang gelap menjadi cerah.


 ~~credits to :Jenny MJ

Sabtu, 11 Februari 2012

Entahlah....

Orang yang kuat BUKANLAH mereka yang selalu menang.. MELAINKAN mereka yang tetap BERUSAHA ketika mereka jatuh. Entah kenapa .dalam perjalanan kehidupan, kita selalu lalai untuk belajar tentang diri sendiri….untuk mengecapi erti hidup…penyesalan tidak seharusnya ada..tetapi HANYALAH penghargaan abadi yang ada atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kita harungi..

Lebih berbahaya jika kita menitiskan air mata dalam hati jika dibandingkan menangis tersedu-sedu…kerana..air mata yang keluar dapat dihapuskan..sementara air mata yang tersembunyi di dalam hati dapat menjadikan luka yang tidak akan pernah hilang..
Ada suatu ketika kita menitiskan air mata dan MASIH peduli terhadapnya. Ada suatu ketika dia tidak mempedulikan kita dan kita MASIH menunggunya. Ada suatu ketika dia mulai mencintai orang lain dan kita MASIH bisa tersenyum kepadanya sambil berkata ‘Aku turut bahagia kerana Kau bahagia`..

Dalam menghadapi dunia percintaan, kita tidak pernah mengenal erti kemenangan. Tapi jika CINTA itu TULUS, meskipun kita kalah, kita sebenarnya TETAP MENANG hanya kerana kita telah mencintai seseorang..LEBIH daripada mencintai diri sendiri..walaupun orang yang kita cintai itu mencintai orang lain..

KEKECEWAAN..Bukanlah sesuatu untuk kita melupakan..melainkan di mana kita perlu  MEMAAFKAN…
KESAKITAN…Bukanlah dimana ia telah menguasai, melainkan dimana kita saling MENGUBATI...
KEHANCURAN..Bukanlah sesuatu yang boleh mendengarkan..melainkan bagaimana kita MENGERTI.
KEPERITAN...Bukanlah apa yang kamu lihat..melainkan apa yang kamu RASAKAN..
PEMERGIAN…Bukanlah sesuatu untuk kita melepaskan…melainkan bagaimana kita MENGIKHLASKAN.

Selasa, 31 Januari 2012

Doa Harapan


Dalam diri setiap manusia, ada tiga perkara yang sering mereka katakan.
Cinta, takdir dan harapan.
Ketiga-tiga benda ini saling berkait rapat antara satu sama lain memandangkan ia melibatkan perasaan manusia. Kita hidup kerana kita percaya ada harapan, ada sesuatu yang kita harapkan akan terjadi. Harapan banyak mengajar manusia erti kesabaran dalam penantian yang penuh dengan lumrah yang berliku-liku  yang sudah tentunya benda yang penuh dengan kebaikan. Tetapi kita percayakah sekiranya ada orang yang mahukan harapan mereka disia-siakan disebalik trilogi takdir cinta yang tidak mengizinkan?

Mustahil.

Dan ternyata, dalam kehidupan sebenar, apa yang kita mahukan adalah tidak semestinya akan kita dapat. Suatu lingkaran bentuk yang mustahil untuk mendapatkan apa sahaja yang kita impikan. Bagi saya terlalu tinggi harapan yang dilontarkan demi mahukan seseorang wanita pilihan itu menyambut seruan takdir dalam titian jawapan yang menghadirkan perasaan cinta yang mula berputik. Tetapi malangnya, saya sendiri mungkin tidak pernah kenal dengan diri saya sendiri kerana wanita pilihan itu telah ditutupi dengan dinding yang tebal berupa kekasihnya. Jadi, apabila kita mendapat seseorang yang bagaikan cerminan diri kita, kita tidak mampu mendapatkan yang terbaik seperti yang dihajatkan kerana takdir telah menentukan bahawa wanita pilihan itu dimiliki orang.

Aneh.

Keinginan tidak mampu dicapai.
Harapan yang bergantungan bagaikan jatuh satu persatu dan keinginan untuk terus bersama semakin lama semakin hambar walaupun pada awal dan fasa pertengahan rasa suka memuncak dan penuh dengan impian. Tetapi dengan perjalanan masa, satu demi satu rasa gugur ibarat musim luruh yang sudah lama berlalu. Di saat diri berperang dengan konflik, masalah di tambah pula dengan cerminan diri yang semakin retak. Bayangan yang cuba digapai semakin lama semakin kabur. Harapan seakan pudar.

Tuhan.

Aku sayangkan dia..berikan lah aku petunjuk dan hidayah mu agar aku dapat mencari di mana puncanya agar aku dapat bersamanya..perbezaan..kami memang jelas berbeza dari landasan agama yang berlainan tetapi cinta takkan memandang erti perbezaan…memang betul kata orang..cinta itu buta kerana ia butalah ia tidak mengenal erti perbezaan yang dilahirkan sama ada perbezaan zahir dan batin..Cuma..aku perlu dia tahu yang aku betul2 serius dengan nya walaupun perasaan ragu-ragunya itu seringkali menjadi penghalang untuk dia mempercayai semua perkara yang aku buktikan untuknya..aku memang bukan penglipur lara yang mampu bermain dengan puisi dan kata2 dari ceritera nya…kerana aku…adalah aku…seorang insan yang lahir seperti insan yang lain..disini..aku Cuma mahukan dia percaya bahawa aku sayangkan dia lebih dari yang dia tahu…

Percayalah…
Di saat ini aku merasakan dunia itu memang ada keseimbangannya kerana sememangnya fakta melakar sejarah bahawa dunia sentiasa mencari keseimbangan..tetapi seimbangkah sekiranya dirinya membahagikan kasih sayang nya antara aku dan kekasihnya..aku memang tahu dia berpunya..tapi kenapa aku tetap berpendirian dengan hujah dan natijah aku yang kukuh ini mengatakan aku sukakan dia..mungkin inilah dinamakan cinta, takdir dan harapan untuk ku bersamanya..benarkah kehidupan seperti ini akan berlaku dalam diriku..entahlah..Cuma yang aku tahu aku dapat melihat dibalik wajahnya ada perasaan yang mampu membalas cermin harapan yang aku hadirkan untuknya..mungkinkah itu perasaan sayang nya untuk aku walaupun suatu ketika dahulu dia pernah membenci aku…tapi itu semua hanyalah ibarat duri yang halus tetapi cukup tajam apabila terpijak...

Jadi……
Apa yang aku inginkan..aku sentiasa berdoa agar dia sentiasa ada dalam hidup ku walaupun hadirnya hanya seperti bayang-bayang yang wujud melalui hubungan maya yang sering menghubungkan aku dan dia menggunakan panggilan telefon dan pesanan sms yang sentiasa berada di talian tidak kira waktu dan tempat.

Khamis, 26 Januari 2012

Penantian itu satu Doa

Hari ini 26 jan 2012….jam5.30 petang..sememangnya dunia yang semakin berada mendekati zaman pengakhiran ini setiap makhluk yang diciptakan yang hidup bebas bergerak di dunia ini akan merasa kan masa itu berlalu dengan pantas….aq juga merasakan usia semakin meningkat namun aq tidak yakin dengan amalan yang aq tunaikan ini dapatkah menjamin aq untuk hari akhirat nanti…namun…pada detik ini bukan lah aq ingin menjadi insan yang penuh dengan ilmu agama untuk memberikan ceramahnya..tetapi…kali ini aq ingin meluahkan betapa gembira nya aq hari ini setelah penantian yang aq tunggu2 selama 1 semester akhirnya membuahkan hasil…
Penantian…adakah semua manusia yang hidup di dunia ini mampu melakukan sesuatu yang dinamakan penantian..bagi aq penantian memang sudah sebati dengan jiwa aq…sekian lama aq menanti di hiasi dengan doa harapan dan berkat kesabaran yang tinggi akhirnya perasaan kecewa yang sentiasa mengekori hidup ku berakhir dengan satu panggilan telefon yang dialunkan dengan suara yang merdu oleh pemanggilnya..

Pada mulanya aq tidak menyangka bahawa insan yang sentiasa menghiasi mimpi2 indah ku akan menghubungi aq…bermula dengan panggilan telefon itu aq merasakan dunia yang semakin kelam dan semakin dekat ke penghujungnya ini seperti dilahirkan semula dengan satu titik kelahiran yang menggembirakan..dengan panggilan telefon itu semua penderitaan yang aq tanggung berjaya aq luahkan dengan penuh lingkaran perasaan yang menjadikan aq mula bersemangat menempuh hari2 yang mendatang…

Selepas ini..aq xkan berputus asa lagi kerana sudah tiba masanya aq bangun dari dunia kekecewaan yang aq diami..selepas ini..aq akan menadah tangan dengan seikhlas2nya supaya tuhan memberikan aq peluang supaya dia menerima ku…selepas ini...aq berharap dia akan menghargai kehadiran ku walaupun aq ini hanyalah sekadar insan yang penuh dengan kekurangan..tetapi aq yakin dengan kejujuran yang aq miliki…aq akan menjaganya lebih dari menjaga diri ku sendiri…sekiranya dia mengatakan “aq terima”….bermakna….satu perkataan akan diukir dengan penuh kesenian di hatiku bahawa…aq mencintai mu…aq menyayangi mu…aq jujur padamu…aq setia padamu….aq…untuk mu

Tetapi….buat masa ini aq perlukan jawapan darinya…

Rabu, 18 Januari 2012

Putus asa bukan penyelesaiannya

Setiap manusia yang dilahirkan inginkan kesempurnaan dalam kehidupan mereka. Namun, terdapat juga manusia yang diciptakan memiliki kekurangan. Tetapi, adakah mereka tahu bahawa setiap apa yang terjadi di atas muka bumi ini adalah sesuatu ketentuan yang telah dirancang khas untuk diri mereka sendiri.

Pengalaman hidup biasanya akan sentiasa mengajar kita erti kehidupan sebenar. Ada waktunya seseorang itu dipandang tinggi, hebat, perfect oleh mata-mata yang memandang, namun ada waktunya seseorang itu dicemuh, tidak diyakini dan dipandang serong oleh sesetengah masyarakat. Hidup ini seperti RODA yang sentiasa berputar. Adakalanya kita berada diatas dan ada kalanya kita berada dibawah. Walaupun begitu hidup tetap diteruskan. Segala pahit manis kehidupan terpaksa ditempuhi sehingga ke akhir hayat hembusan nafas terakhir.

Semua orang pernah mengalami kegagalan dalam kehidupan. Tidak kira sama ada kegagalan yang dialami merupakan kegagalan serius ataupun tidak. Walaupun begitu, sebenarnya semua kegagalan yang dihadapi mempunyai hikmah atau sebab tersendiri. Gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Sebenarnya, kegagalan yang di tempuhi itu menjadi batu loncatan kepada seseorang individu untuk terus berusaha mencapai matlamat hidup yang diimpikan. Kegagalan juga merupakan perangsang bagi semangat juang seseorang menempuhi suatu kehidupan baru yang nyata memberi peringatan dan pelajaran..

Jangan sesekali membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Setiap individu mempunyai tujuan hidup yang berbeza-beza. Semuanya akan melalui kehidupan sesuai dengan kemampuannya kerana takdir yang ditentukan adalah yang terbaik untuknya.

Jangan mudah berputus asa dalam menghadapi sebarang cubaan. Hadapilah segalanya walaupun ianya sukar dan yakinlah bahawa suatu saat anda akan mengecapi keindahan dalam kehidupan pada suatu masa yang akan tiba.
Jangan berputus asa terhadap kesulitan yang dihadapi. Ketahuilah, disebalik kesulitan itu pasti ada kebaikan.