Pendidikan Pemulihan 2

Selasa, 4 Februari 2014

Bahagiamu deritaku



Sekilas ku pandang ikan di dalam air ku tahu jantan betinanya..tetapi jika mmandang pada nukilan bahagiamu deritaku bukan lagi seperti coretan mata pena yg menari-nari menghasilkan sebuah penulisan yg penuh dgn ayat-ayat yg menyedihkan dan pernah dititipkan suatu masa dahulu di dalam blog ini…

Kini…aku menyambut kedatangan 2014 dgn langkah yg penuh gagah utk mbawa diri ini lebih jauh mengejar kematangan yg disusuri usia semakin meningkat dewasa..

Kini…barulah aku sedar bhwa cinta bukanlah sgala2nya utk ku mengecapi nilai kebahagiaan tetapi memori di penghujung 2013 byk mengajar aku mengenal kehidupan sebenar yg cinta itu penuh dgn misteri yg aku sendiri pn tidak tahu akan kewujudannya sepanjang aku menulusuri lembah kehidupan ini.

Kini…aku bjaya mcari punca dan silapnya knp aku masih berada di sudut kesunyian yang jauh dari irama-irama kasih sayang dari seorg wanita yg mendayu-dayu semakin lama semakin menghilang…

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain…aku baru dapat mencari jawapan kepada seribu persoalan yg sering bermain di khayalan hilusinasi ku knpa aku sering gagal dlm percintaan…sejujurnya aku jga sprti insan lain yg sering mendambakan belaian seorang wanita yg bernama kekasih. Namun aku sering lalai dan akhirnya aku jatuh tersungkur dan gagal menemui cinta sejati tetapi kenangan itu menjadi pengajaran bagiku.

Dengan kedatangannya 2014 ini, aku berjanji bersaksi bhwa aku akan berusaha untuk berdiri atas kaki sendiri tanpa menunggu berharap yg aku akan mencari cinta sedangkan kini aku ada impian harapan sendiri dan impian itulah mjadi semangat utk aku mbalas jasa mereka…dan mereka adalah….ibu..ayah..kakak..adik…dan seluruh keluarga yg aku ada kini…

Jika aku bersalah kepada mereka..izinkan aku tunduk bersujud kepada mereka memohan sejuta kemaafan sekiranya aku menjejakkan kaki ke bumi darul aman ini hanyalah mencari cinta semata-mata sedangkan impianku ingin melihat mereka senyum gembira apabila aku memegang segulung harapan dan harapan itulah ijazah masa depan ku juga masa depan keluargaku…maafkan..maafkan andai aku alpa dari semua ini…

Kepada Mu ya Allah, aku memohon rahmat dan hidayah Mu agar engkau permudahkanlah perjalanan ku di dunia perantauan ini supaya aku dapat menghabiskan pengajian ini dan kembali semula ke tanah kelahiran ku…sesungguhnya perjalanan ini banyak mengajar aku norma dan budaya yg bersilang selangkah hidup di perantauan…namun aku lemah…aku lebih sayangkan tanah kelahiranku dan tanah itu menjadi saksi tempat berlakunya banyak peristiwa pahit yg lagikan dikenang inikan pula tempat berlakunya peristiwa manis…dan itulah “tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain”.