Setiap manusia yang dilahirkan inginkan kesempurnaan dalam kehidupan mereka. Namun, terdapat juga manusia yang diciptakan memiliki kekurangan. Tetapi, adakah mereka tahu bahawa setiap apa yang terjadi di atas muka bumi ini adalah sesuatu ketentuan yang telah dirancang khas untuk diri mereka sendiri.
Pengalaman hidup biasanya akan sentiasa mengajar kita erti kehidupan sebenar. Ada waktunya seseorang itu dipandang tinggi, hebat, perfect oleh mata-mata yang memandang, namun ada waktunya seseorang itu dicemuh, tidak diyakini dan dipandang serong oleh sesetengah masyarakat. Hidup ini seperti RODA yang sentiasa berputar. Adakalanya kita berada diatas dan ada kalanya kita berada dibawah. Walaupun begitu hidup tetap diteruskan. Segala pahit manis kehidupan terpaksa ditempuhi sehingga ke akhir hayat hembusan nafas terakhir.
Semua orang pernah mengalami kegagalan dalam kehidupan. Tidak kira sama ada kegagalan yang dialami merupakan kegagalan serius ataupun tidak. Walaupun begitu, sebenarnya semua kegagalan yang dihadapi mempunyai hikmah atau sebab tersendiri. Gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Sebenarnya, kegagalan yang di tempuhi itu menjadi batu loncatan kepada seseorang individu untuk terus berusaha mencapai matlamat hidup yang diimpikan. Kegagalan juga merupakan perangsang bagi semangat juang seseorang menempuhi suatu kehidupan baru yang nyata memberi peringatan dan pelajaran..
Jangan sesekali membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Setiap individu mempunyai tujuan hidup yang berbeza-beza. Semuanya akan melalui kehidupan sesuai dengan kemampuannya kerana takdir yang ditentukan adalah yang terbaik untuknya.
Jangan mudah berputus asa dalam menghadapi sebarang cubaan. Hadapilah segalanya walaupun ianya sukar dan yakinlah bahawa suatu saat anda akan mengecapi keindahan dalam kehidupan pada suatu masa yang akan tiba.
Jangan berputus asa terhadap kesulitan yang dihadapi. Ketahuilah, disebalik kesulitan itu pasti ada kebaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan